Tuesday, September 2, 2008

PETUA KECANTIKAN (part 1)

Td membace di blog c masz n t'nmpk la photonye memakai mask itu...baru terigt yg aku dh lame mau post berkaitan petua petui ni..ekceli aku ade bnyk petua but bukan praktikkan pon...ni ade few yg aku find quite interesting.....mari mencube...

1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.
2. Serbuk kulit kayu manis (cinnamon ni...tetibe terigt cinnabon) yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin.

3. Ambil kayu cendana (kat mane la nk dpt kayu cendana ni), basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
4. Kulit pisang emas (pisang emas di bawa belayar, masak sebiji di atas peti) boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang.

5. Ambil segenggam kacang hijau (buat bubur pon sedap), dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.
6. Ambil segelas susu segar (aku lactose tolerant), sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin.
k...selamat mencube..

0 rEspON: