Showing posts with label promote. Show all posts
Showing posts with label promote. Show all posts

Wednesday, October 29, 2008

sulaman manik

aku sgt yakin akak aku menanti2kn post aku on sulaman manik nih...hehehehehe...ye ke??? nk tau knape??sbb aku akn bg compliment kt die smbl promote sket hasil keje tgn die ni...fyi..akak aku telah membuat sulaman manik ke atas baju aku..yeay..aku sgt hepi sbb hasilnye amat memuaskn....tgk la pic2 di bwh ni....

ini bhgn leher baju tu....4 line n diikuti corak sbg ala2 frame gtu...


zoom sket tuk dptkn gmbr closed up..hehehehe


ini corak bhgn tngn baju...4 line gak..

caption gmbr aku ni bukannye betol sgt k...sbb aku ni bukan amik fesyen so xtau nk komen on fesyen...hehehehe...sy budak baru belajar (mcm xde kaitan je)...sulaman manik ni cantek kalo warne tu diselang-selikn n tgk gaye mcm mane la org tu jahit plus yg pade aku super duper important adelah kekemasan jahitan manik tu...jahitan manik ni kalo pandai buat mmg berbaloi..lbh2 lg skang ini cam trend gtu org pakai baju yg ade sulaman manik...nnt aku try carik lg gmbr sulaman manik n aku post di sini ye...aku mmg mintak ampun la x reti nyah nk jahit manik2 ni...order kt org reti la...hehehehe....so, sesape yg ade or reti jahitan manik ni bleh la kongsi same2...ok ye...chowz!!!

Friday, October 10, 2008

sEdiKit pRoMotiON...hehehehehe

Morning...


Arini adelah special day utk aku...knape???sile skrol down n tgk countdown di bwh...hehehehe
but dis post is not about me la...kt cni aku nk buat promotion ckit...anyone yg suke kain sutera???one of my frens ade jual kain sutera dr kelantan...price mmg reasonable la...whatever it is...u guys enjoy the pic dulu ye...










cantek2 kan???so anyone yg interested..plz make an order...price range between RM160 to RM350..(yg putih tu je RM350)...

Thursday, September 18, 2008

bAguSnyE mAkaN buAh Ni (^_^)

Arini aku xde idea nk membebel ape...owh...sgt pelik knp arini xde idea...
maybe sbb byk keje kot..n maybe sbb mood lum smpi tuk curahan idea...
so, just nak share info skit ni yg bmanfaat tuk kite sume...
ini pon aku dpt from emel...kalo sesape dah tau tu abaikan jela ye...

Khasiat Buah2an & Nilai Ubatan

Delima
Hilangkan Masalah Cacing- Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean , banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq , air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh d ira wati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan

Kurma
Hindar Gangguan Usus- Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun

Pisang
Merawat Kudis dan Luka -Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh d ira wat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

Mangga
Penawar Penyakit Hernia - Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh d ira wat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat

Nanas
Penawar Penyakit Batu Karang- Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi

Belimbing
Merawat Kencing Manis -Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi

Wednesday, August 6, 2008

Minyak Angin Serai Wangi


Minyak angin ni sgt menarik....nama de minyak serai wangi....
sgt bagus tuk melegakan sakit urat, urat tegang, kembung perut n yg sewaktu dgnnye...
aku beli minyak angin ni kat pasar malam jalan TAR aritu...
RM5 je botol kecik n RM10 botol besar...
makcik yg jual tu sgt peramah...berikut adelah petikan perbualan kami...
aku : makcik..minyak ni bleh gune tuk tegang urat ke??
makcik : buleh...ekau baco la nih.....(smbl menghulurkn flyers kt aku)
minyak ni makcik buek sdiri...bahan2 die pon acik tanam sdiri kek umah...
mmg mujarab.....ekau cubo la kalo x cayo ckp acik...
aku : yg kecik ni bape ringgit makcik??
makcik : limo hinggit yo...ekau tanak yg botol bosa ni?buleh bg mak ayah kek kg ha...
aku : xpela cik..saya try dulu...(smbl hulur rm5)
makcik : nak...ni kontek no acik...kalo ekau nak lg..ekau tepon acik...
aku : ~senyum n berlalu pegi~
aku pon try ah malam tu...fuh...bau die mmg nyaman...berangin n masyuk...
aku sapu kat kaki aku yg sakit n tegang tu...gare2 penangan terduduk kt toilet tu ari...
keesokkan pg aku dh rase sgt lege....wah...bestnye ubat makcik ni....
semalam kaki aku cramp time tgh drive hingge second driver aku kene drive...
malam aku sapu minyak tu b4 tido...n somehow ia melegekan....yeay... Big Hug